Selasa, 22 Jun 2010

INFO KAMPUNG




Bilangan Penduduk : 554 orang

Pecahan mengikut Jantina
Lelaki : 265 orang
Wanita :289 orang

Umur
60 tahun ke atas : 58 orang
40 - 59 tahun : 124 orang
18 - 39 tahun : 198 orang
13 - 17 tahun : 63 tahun
12 - 6 tahun : 60 orang
0 - 5 tahun : 30 orang

Kaum
Melayu : 529 orang
Cina : 25 orang

Pendidikan
Tadika : 14 orang
Sekolah rendah : 65 orang
Sekolah menengah : 63 orang
Kolej/Universiti : 26 orang

Pekerjaan
Kerajaan : 30 orang
Swasta : 124 orang
Sendiri : 71 orang
Lain-lain : 13 orang

Infrastruktur
Jaian kampung bertar : 1.5km
Bekalan air bersih : 109 buah
Tadika : 1 buah

Surau : 1 buah

Kedai gunting rambut : 2 buah
Kedai runcit : 1 buah
Gerai makan : 3 buah
Mini petrol pump : 1buah

Gelanggang sepak takraw : 1 buah

Perusahaan Kecil
membuat kerisik/dodol : Pn. Munah binti Hj. Yusof

tanaman cendawan : Pn. Rokiah binti Md. Isa
tanaman sayuran : Pn. Munah binti Ahmad

ternakan ayam daging : Encik Safie bin Ishak

Katering : Encik Osman @ Abu Seman

Jualan nasi lemak : Pn. Norain binti Salleh
Laksa Penang : Che Puan binti Abduh








SEJARAH KAMPUNG


Kampung Permatang Pak Maras telah wujud sejak 200 tahun yang lalu. Dipercayai telah terokai oleh seorang lelaki bernama Pak Maras. Oleh itu, nama Kampung Permatang Pak Maras diambil sempena namanya bagi menghargai jasanya meneroka kampung ini. Dari sebuah kampung yang kecil telah berkembang sejajar dengan peredaran masa menjadi sebuah kampung yang dihuni kira-kira 110 keluarga.


PENGENALAN


Kampung Permatang Pak Maras terletak kira-kira 6 kilometer dari pekan Kepala Batas.Hanya 10 minit perjalanan ke Lebuh Raya Utara Selatan melalui Tol Bertam.Sebuah perkampungan tradisi yang menerima limpahan pemodenan hasil pembangunan negara.Pekan kecil yang terdekat ialah pekan Penaga.Majoriti penduduknya orang Melayu dan beberapa keluarga Tionghua.Sebuah kampung yang permai dilingkungi sawah padi yang menjadi punca rezeki sebahagian besar penghuninya.